“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]
dan terbukti janji Allah...
Biar sampai kiamat Israel tetap Israel.
Dan saat2 semua melampiaskan kegeraman terhadap Israel laknatullah, masih terlalu sedikit yang memahami betapa disebalik isu sebesar ini hanya solusi sekecil satu perkataan yang dapat menjahanamkan mereka. PERUBAHAN
Juga suara2 kecil yang mengutuk, memaki, menghambur jutaan kata nista buat tentera Israel, namun usaha sekecil menadah tangan dan berdoa yang diterima dan sampai ke Gaza (jika ikhlas)
Paling terkilan, ada juga yang mengeluarkan kata2 "oh, tak sampailah duit aku ke sana" Jangan risau sahabat, pasti ada saham kita di akhirat. Pelaburan ini bukan pelaburan ASNB. Perlaburan Akhirat itu tidak pernah rugi
Dan kemarahan kita yang membuak-buak. Kesensitifan kita yang kadangkala tak bertempat.
"Bom saja Israel tu.""Jom perang!"
Isu Palestin jadi isu sekejap-sekejap, jadi isu semangat zaman. Kadang muncul. Kadang malap. Kadang amarah kita memuncak. Kadang lalai, masih ralit menonton American Idol. Siang berdemonstrasi, malam berhibur dengan AF. Menonton video2 kezaliman Israel sambil membelikan peluru buat mereka. Macam orang bodoh. Ya, saya juga tergolong dalam orang2 bodoh terbabit.
Teman sekuliyah saya berbangsa Turki dari dulu hingga sekarang, matlamat beliau konsisten. Mahu jadi Doktor untuk ke Palestin. Kita? sekejap ya, sekejap tak. Istiqamah?
realiti sentiasa mengalahkan ilusi - ust Hasrizal
Suara2 kegeraman untuk 'membunuh' Israel hanya disambut dengan gelak tawa orang mereka. Suara2 ancaman kita jadi bahan gurauan mereka. Apa tidak nya? Kalau tidak minum MILO sehari kita boleh 'mati', inikan pula hendak membunuh tentera Israel. Mereka pasti gelak berdekah-dekah pada kita.
Sebelum 'bunuh' Israel, apakata kita 'bunuh' jahiliyyah kita terlebih dahulu? Kalau belum siap untuk bangun di tengah malam dan bertahajud, selagi itu jangan mimpi untuk berjihad.
Selagi belum siap melawan mungkar dalam kelompok sendiri, jangan harap nak melawan tentangan israel dan apache2 nya. Kalau syaitan bersenjatakan celak dan tongkat itu belum kita tewaskan, jangan minta nak ke perbarisan hadapan melawan m16 mereka.
Jangan Harap
Jangan Harap
Islam itu tinggi tidak ada lebih tinggi daripadanya
Perhatikan pula orang kita hari ini, anak yang patutnya dibesarkan menjadi tentera2 Allah di buang2 ibarat sampah. Remaja kita yang sepatutnya menjadi fatta tapi jadi futur. Yang bijak pandai tak reti erti perjuangan, yang lemah dan bodoh pula menjadi 'panglima'
Ummat yang ramai berpecah-pecah. Zaman kegemilangan kita hanya di lembaran buku sejarah. dan kita yang lemah ini pandai pula mendabik dada. Ya inilah orang islam. Orang kita. Tapi siapakah kita kini?
Singa di dalam sangkar tidak mungkin menjadi Raja Rimba. Begitulah kita, sekali dijentik sekali mengaum. Tapi esok masih tidur. Tidur yang lena, tidur yang panjang.
Tak sedar agama sendiri jadi bahan mainan. Tak sedar yang jadi keparat itu bukan lagi Israel. Tapi diri sendiri yang buat2 buta tentang isu besar.
Mereka yang tidur tak mungkin dapat melawan yahudi dan nasrani yang sentiasa celik.
Jangan minta untuk berperang sedang dalam perperangan psikologi ini kita sedang kalah.
Selagi belum islah bangsa kita, jangan keluar ke medan itu. Belum sempat menghunus senjata kita dulu yang tersungkur.
Dan saat kita berkobar-kobar tanpa senjata (doa) kita.. kita umpama tikus. Tikus makmal yang bisu dan mencicit lari bertempiaran. Lemah dan menghinakan.
Allah berfirman dalam Al-Quran
“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]
Janji Allah = hamba-hamba Kami yang kuat gagah
Kuat dan gagah itu pastilah bukan mereka yang 'mati' apabila tidak minum MILO dan makan KFC. Pasti juga bukan mereka yang tak bangun2 saat azan subuh berkumandang. Bukan juga mereka yang takut hilang kawan lalu tak amar maa'ruf nahi mungkar.
selalu bahasa dan tulisan saya disalah tafsir.. maka kali ini, saya permudahkan.
point form.
- Berusahalah menjadi ummat Islam yang cemerlang. Hanya dengan itu kita mampu 'berperang'
- Sentiasa jadikan Palestin isu utama, bukan isu lapuk
- Teruskanlah menderma. InsyaAllah walaupun tak sampai ada saham nya di sana
- Boikot barangan Israel.
- Berdoa dan solat hajat. Bacakan Qunut Nazilah.
- Banteras kemungkaran. Hanya ummat Islam terbaik yang dapat hapuskan Israel dan musuh2 Allah, dan Dia boleh dengan mudah mengantikan kita dengan umat yang lain yang lebih baik dari kita.
Israel, yahudi, nasrani sampai kiamat akan jadi israel, yahudi dan nasrani.. kita? sampai bila kita nak dipijak-pijak begitu? Islam akan menang, tapi dimanakah kita dalam kebangkitan itu? di bangku penonton atau di dalam padang melakukan hatrik? fikir-fikirkan lah.
baca juga ini
3 Responded To This Post
toyyib.. aiwah...
thumbs up :D
الخدمات المنزلية بمدينة القطيف 0551844053
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
شركة مكافحة النمل الابيض بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالقطيف
شركة تنظيف فلل بالقطيف
شركة كشف تسربات المياه بالقطيف
شركة تنظيف شقق بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالقطيف
شركة تنظيف بالقطيف
Leave A Reply