"Eh, kau agak-agaknya nak kahwin umur berapa?"
"Aku dalam 25 kot..haha..entah lah..calon pon takde!"
Penulis tersenyum.
Bab - bab kahwin ini masih terlalu awal rasanya.
Terasa masih mentah.
Banyak lagi hal yang perlu diperbaiki.
Belum sesuai pada waktu.
Diri sendiri perlu diperbetul dahulu.
Kalau tak, macam mana mahu membina "baitul muslim".
Kalau dah ada calon pon, diri perlu menahan.
Ya. Mungkin. Tersenyum sendiri.
Dalam bab-bab kahwin.
Masing - masing ada target.
Mungkin perkara ini ialah satu 'turning point' pada sesetengah orang.
Ya.Mungkin. Terdiam sendiri.
Perihal Ramadhan.
Hari ini masuk hari ketiga kita tunaikan puasa. Hamdalah.
Solat tarawikh pon makin ramai yang datang.
Tapi kebanyakan dari golongan 'berusia'.
Mana pergi anak-anak muda?
Kembali perihal target tadi.
Bila bab kahwin, masing-masing pasang target.
Calon yang macam mana yang diimpikan.
Bila nak langsung. Lepas belajar baru fikir kah.
Macam - macam.
Sekarang kita berada dalam bulan Ramadhan.
Bulan yang Allah banyak bagi ganjaran.
Tak ternilai rasanya.
Tapi, adakah kita ambil peduli?
Kalau dalam bab kahwin,
masing - masing pasang target.
Masing - masing pasang angan - angan.
Jadi tak salahkan kita aplikasi benda yang sama.
Bulan ramadhan sangat mulia.
Sayangnya jika kita membiarkannya tanpa dinikmati.
Sedih.
hadits sahih Bukhari, Rasulullah pernah mengatakan
““Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”
Penulis teruja.
Ada dalam kalangan kita sudah siap2 pasang target.
Tertempelak kat diri sendiri.
"Aku sudah ada targetkah untuk ramadhan kali ini?.
Takkan nak biar lalu gitu je!
Ruginya aku!"
Target mereka.
Ada yang nak khatam alquran hingga habis.
Ada yang nak hari - hari bangun qiam.
Ada yang pasang target setiap lepas solat baca 10 helai alquran.
Solat - solat sunat.
Disamping memperbaiki akhlak diri.
Ada juga yang nak cover balik hafazan alqurannya.
Wah!. Bagusnya!
Aku macam mana?
Diri penulis.
Post ini semata - mata ingin mengingatkan diri sendiri.
Penulis memang ada pasang target.
Tapi biarlah penulis mencabar diri dalam diam.
Takut tak terlaksana dek diri sendiri.
Tapi penulis memang pasang azam.
InsyaAllah.
Doakan sama-sama dapat pertingkatkan diri.
Doakan sama-sama terus diberi hidayahNya.
Doakan sama-sama dapat terus bergerak untuk mengajak orang.
Aamiin ya rabbal alamin.
Mari kita hayati amal kita dengan ikhlas.
Jangan dikotori hati.
Jom sama - sama hayati bulan ramadhan.
Selamat beramal!
Ini target penulis.
Apa target kamu?
Syaitan sudah tak ada.
Yang tinggal itu apa?
2 Responded To This Post
jangan lupa...saidina ali pernah mengatakan:'syaitan bagi seorang manusia itu,adalah dirinya sendiri'...renungkan...
thanks for the renungan..insyaAllah..sama2 peringatkan..
Leave A Reply