Langit luas. Kosong terbentang. Biru cerah yang berkuasa mula menunjukkan tanda-tanda
kejatuhan. Jingga dan ungu mula mencipta nama. Di kaki pemerintahan sang langit biru. Memanjat sedikit demi sedikit. Revolusi dan evolusi bermula.
Lepat diam. Ditenungnya langit lama-lama. Malangnya, langit tetap langit. Tidak bertukar rupa. Lagikan bertukar suara. Tidak seperti Senario XXX. "Dia boleh bertukar rupa, boleh bertukar suara. Ini bukan cerita hantu, ini cerita bodoh macam batu blablabla"
Lepat akur. Semena suaranya berbunyi,"Lambu, kau benci Israel?"
"Semestinya! Aku orang Islam. Aku harus benci Israel. Engkau juga," ujar Lambu, anak muda yang berdarah panas dan tinggi semangatnya.
"Kenapa aku mesti benci Israel?"
"Sebab kau Muslim dan kau adalah bersaudara dengan orang Palestin yang tertindas"
"Sebentar. Israel itu apa?"
Lambu memandang Lepat. Pandangan anak mata dibalas. Anak mata bertembung. Nasib peminat novel cinta kurang baik. Kerana mereka kedua-duanya lelaki. Lantas, tiada bibit-bibit cinta tercetus hasil pandangan mata ini. Klise tidak dapat dihidupkan.
Lepat memejamkan mata. Senyap. Khali. Lagu desiran angin bermain di telinganya. Sebagai anak muda yang mengikut arus dunia hiburan, lagu Greenday dan band-band Indonesia lebih menarik baginya. Kumpulan pemuzik tanah air? Dinyatakan Lepat masih lagi seorang rakyat Malaysia yang stereotaip. Memuja-muja apa sahaja. Asalkan berasal dari luar tanah airnya. Termasuk beras Siam. Jua selipar jepun.
"Kenapa ramai penunjuk perasaan dan "penyokong" anti-keganasan tentera Zionis sepenuh hati dan bangga mengangkat sepanduk "Fuck Israel", "Jahanam Israel"? Menggunakan kata-kata kesat sedemikian?"
"Kenapa? Itu langsung tidak setaraf dengan apa yang telah dilakukan oleh negara haram Israel. Itu hanyalah kecaman kecil. Ben Gurion perlu mati. Tzipi Livni harus musnah"
Lepat memandang tepat ke mata Lambu. Seraya menggelengkan kepala. Tersenyum sendiri. Sambil tangan kanan menyarungkan kacamata hitam. Berlagak macho. Walaupun dia tahu hari kian gelap. Perlambangan kepada sikap Lambu. Bertindak tanpa tahu sebab.
Sambil mengusap-usapkan rambutnya yang panjang ke bahu. Tidak terurus. Disyampu sebulan sekali. Melambangkan penjimatan. Sambil menghembus kepulan asap rokok daun kosong. Tanpa tembakau. Dunia tanpa kapitalis. Tambahan kapitalis zaman kini tiada etika. Dari kapitalis, kepada pembunuh. Menyumbang dana kepada Zionis. Matahari terus berlabuh. Dengan seberlabuhnya (ada perkataan macam ni?) sang algojo.
"Tapi, Israel itu gelaran kepada Nabi Yaaqub. Jahanam Israel, apa maksudnya?" bicara Lepat terhenti. Lambu tampak kaget. Namun, dia dibiarkan begitu hingga episod seterusnya.
Tirai ditarik. Penonton diam. Tertidur kebosanan. Dek plot cerita tidak menarik. Pemilihan ayat tidak kreatif. Susunan idea tidak bagus.
p/s aku malas study untuk final selang dua hari lagi seraya menulis cerita bosan ni. Harap bersabar. Jangan buat tunjuk perasaan. Eh, kalau nak buat tunjuk perasaan kasih dan sayang tak mengapa. Pada ibu bapa dan ahli keluarga. Jua haiwan peliharaan kesayangan anda.
artikel yang sama dari http://harizibnzarir.blogspot.com/2009/08/lepat-dan-israel-bahagian-1.html

No Responded To This Post
Leave A Reply